Zoom

Ketika Cinta Bertasbih I

12th
Nov

Mega Filem Indonesia - Ketika Cinta Bertasbih telah menemui penonton di Indonesia yang diadaptasikan daripada novel Ketika Cinta Bertasbih. Menjadi filem indonesia pertama yang dirakamkan di mesir.

Novel Ketika Cinta Bertasbih oleh Habiburrahman El-Shirazy adalah asia best seller seperti novel Ayat-ayat Cinta yang popular tidak lama dahulu yang juga menjadi asia best seller.

Link Download Filem Ketika Cinta Bertasbih sudah ada di internet, tetapi tidak diletakkan disini kerana beberapa sebab.

Dibawah ni, link ebook Ketika Cinta Bertasbih I dan II:

Ebook Ketika Cinta Bertasbih I & II

Disini juga ada link download untuk OST (Original Soundtrack) Ketika Cinta Bertasbih (KCB):

Full OST KCB Album (58.79 MB)

Ada 12 lagu dalam album ini.

Single Link:

Melly Goeslaw feat Amee - Ketika Cinta Bertasbih (OST KCB).mp3

Krisdayanti - Menanti Cinta (OST KCB).mp3

Ayushita - Tuhan Beri Aku Cinta (OST KCB).mp3

Siapa yang mampu beli yang original , belilah untuk membantu

Penghujung sem 1

30th
Oct

Askm.

Dah lama tak update blog ni. X sempat nak bukak. Nak tulis pun lagi lah.

Di kesempatan ini, nak ucap happy birthday to ayah su kat London sana…..

Sebenarnya, start 1 hb hingga 10 hb 11 ni, dah final exam. So, doa2 kan saya semoga berjaya dengan cemerlang untuk sem 1 ini.

Sekarang ni sibuk nak study balik apa yang dah belajar. So mungkin pas ni x sempat nak bukak lah blog ni.

Setakat ni saja kali ni. Wassalam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Beraya ke rumah cikgu di Seremban

11th
Oct

Petang tadi pergi beraya di Seremban, rumah cikgu yang mengajar Bahasa Melayu Untuk Kejuruteraan.

Pergi dengan 2 buah kereta, satu saga, satu waja. Bertolak dari jam 12 tgh, sampai dalam pukul 1.15. Seusai solat zohor dekat surau taman tu, terus pergi rumah cikgu tu.

Cantik juga rumah cikgu tu. Warna hijau kat luar, dalam ada hijau muda, merah pink gelap, ungu pun ada. Kami sampai tu, dah ramai juga lah yang ada. Dia jemput semua pelajar dia datang untuk beraya dirumah dia sambil sambut birthday anak dia.

Macam2 makanan ada. Ada ketupat nasi dengan rendang daging. Pulut dengan pengat durian style Seremban dan mee kari.

Sebelum balik, sempat ambik gambar Muzium kat Seremban tu. Mudah, kerana keluar je tol seremban, terus nampat tol tu.

Bila semua dah kenyang, kami semua bangun dan minta izin balik. Balik UIA semula dalam pukul 5 petang. Bapatlah hari ini berjalan2 melihat Seremban skit. Nak tengok gambar lain, sila ke http://picasaweb.google.com/harisfalah/RayaSeremban#

Wassalam.

Lagu IIUM - Leading the way

10th
Oct

Ini ialah lagu IIUM, siapa yang berminat untuk mendengarnya, boleh download dibawah atau dengarnya terus dibawah ini.

IIUM (Leading the way)

Let ‘s lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam

Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge
We’re the khal?fah
We’ll fulfill the Am?nah

Chorus:

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra’
IIUM,
Is to realise, the meaning of…
Rahmatan li’l-Alam?n

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra’
IIUM,
Is to realise, the meaning of…

(Mercy to all the worlds)

For all mankind

3rd June 2008

Link download : http://www.4shared.com/file/139701446/f7366953/IIUM_Leading_The_Way.html

25th IIUM Convocation

9th
Oct

Majlis Konvokesyen UIAM kali ke 25 akan diadakan pada 10 - 12 hb Oktober 2009 ini, iaitu hari Sabtu hingga Isnin. Majlis akan diadakan di Pusat Aktiviti Kebudayaan (Cultral Activity Center -CAC) UIAM Gombak.

Sehubungan dengan majlis itu, diadakan juga Pesta Konvokesyen iaitu, Convest (IIUM Convocation Fiesta) dari 8 -13 hb Oktober.

Pelbagai acara menarik yang diadakan sepanjang pesta ini. Antaranya ialah acara sukan seperti Paintball, Book fair, dan macam2 lagi.

Acara2 lain boleh dilihat di http://www.iiu.edu.my/convest/event.php

Diberitakan juga, akan disiarkan streaming video untuk majlis konvokasyen tersebut dari 10-12 hb. Boleh rujuk di website khas convocation di:

http://www.iium.edu.my/convo/

Link streaming video:  http://streaming.iiu.edu.my/convo.htm

Sekian, wassalam.

Cara beli tiket kapal terbang airasia

5th
Oct

Memandangkan zaman sekarang sudah berubah, maka pengangkutan udara masa kini sudah menjadi pengangkutan yang sudah mesra rakyat. Tambahan pula ada syarikat airasia yang membawa tema “Now everyone can fly” atau ” Sekarang, semua boleh terbang” .

Ramai yang tengok harga tambang airasia kat web site dia tapi tak tahu atau takut nak beli, memikirkan macam-macam boleh terjadi. Pembayaran online tak selamat lah, tak de kad kredit la, dan seribu macam perspeksi yang negatif bila tak pernah membelinya.

Jadi, kali ini, nak kongsi cara membeli dan menaiki kapal terbang airasia, kenapa airasia, kerana saya pernah naik airasia, tu je la. Tampahan pula, hanisamalina tanya macam mana nak beli, jadi, fikir, baik post kat blog ni, boleh kongsi dengan yang lain.

Pertamanya, buka lah laman web airasia, www.airasia.com . Lepas tu, pilih negara Malaysia untuk orang malaysia dan pilih bahasa, kalau orang melayu yg x pandai bahasa inggeris tu, pilihlah bahasa melayu.

Kedua, bila masuk dalam website tu, tengok lah kat bahagian tepi kiri, 1- ada kotak pilih samada satu hala, atau dua hala.Pilih mana yang patut, dan 2- pilih lah destinasi dari mana, dan ke mana. 3- pilihlah tarikh untuk penerbangan. Sebagai contoh bawah ini, pilih satu hala, dari Kota Bharu, ke Kuala Lumpur LCCT, dan tarikh 14 NOV 2009. Juga pilih berapa orang, sbg contoh, 1.

Kalau tengok kepada laluan tu, biasanya kalau dari kota bharu, alor star ke, biasanya hanya ke KLIA-LCCT.

Lepas pilih mana yang patut, tekan lah cari….

Ketiga, akan keluar jadual masa perjalanan pada tarikh yang dipilih. Sebagai contoh dibawah.

Akan keluar banyak masa berlainan utntuk penerbangan pada tarikh dipilih, dan ditunjukkan sekali harga dan jenis pakej.

Yang penting, orang tengok harga dan masa yang sesuai untuk penerbangan. Kalau ada yang tidak tahu, untuk naik kapal terbang, perlu datang ke airport seelok2 nya sejam setengah awal, kalau yang tak biasa, datang la 2 jam awal dari masa penerbangan, hihihi… Kena pandai lah budget masa, untuk sampai. Kalau x, terlepas la flight tu.

Lepas pilih flight mana yang berkenan, tekan button kat sebelah no. flight tersebut, kat dia tulis tetamu, macam kat gambar atas tu.

Keempat, bila dah pilih, tick kotak kat bawah jadual penerbangan, macam kat bawah ni. Dan tekan sambung.

Sebelum tu, tengok lah kat tepi kanan, ada jumlah keseluruhan yang kena bayar, biasanya, tambang + airport tax. Kalau dah berkenan, tekan je sambung.

Kelima, dia akan keluar beberapa kotak yang kena isi.

Pertama, kotak nama orang yang akan terbang, tulislah apa yang dia minta. Nama, tarikh lahir dan no kp. Juga pilih negara, Malaysia untuk orang malaysia.

Juga dibawah kotak tersebut, ada dua kotak, pertama,yang atas tu, kotak untuk tempahan bagasi. Bagasi ni, apa2 barang yang kita nak dia letak kat perut kapal tu, beg yang besar tu, letak la kat situ. Kalau bawa yang biasa saja, tak payah la booking, nanti bawak naik atas kapal. Ada tempat letak barang macam atas bas. Kalau x nak, pilih - tiada bagasi berdaftar - , kalau nak, pilih la mana yang patut, yang up to 15 kg, + RM 10.

Yang satu lagi tu, Makanan, kalau nak makanan, pilih lah, ada harga kat situ. Kalau x, biar keluar makanan je.

Keenam, ada kotak lagi kat bawah tu, untuk detail. Isi apa yang dia minta. Dan ada kotak bawah sekali, untuk masukkan username dan password, masukkan lah, lain kali mudah untuk beli, login guna username tu je.

Ketujuh, pada bahagian bawah sekali, ada dua butang, PILIH TEMPAT DUDUK SAYA, dan SAMBUNG TANPA PILIH TEMPAT DUDUK SAYA. Kalau nak pilih tempat duduk, tekan lah pilih, talau x, tekan yang satu lagi. harga untuk pilih seat, RM 5 untuk seat biasa dan RM 25 untuk seat special, ada tulis kat situ.

Lepas tu, keluar page yang last sekali. Pertama, ada bahagian atas sekali. Bahagian GoIncure, ini adalah insuran, tak pasti, tapi biasanya saya x ambik, kalau nak, + RM 6 sahaja.

Kedua, bahagian Skybus. Kalau perlukan pengangkutan dari LCCT ke KL Sentral, atau sebaliknya, boleh ambil, + RM 6.50, kalau ambil di airport, biasanya RM 9. Untung RM 2.50…

Yang last but not list, Pembayaran. Akan keluar harga akhir semua sekali harga untuk pembayaran tiket kita…… kat bahagian bawah skybus tadi. Itulah yang kita kita kena bayar.

Cara bayar pula, airasia sediakan banyak cara. Pertama, bayar guna kad kredit. Biasanya yang ada kad kredit, tahu apa yang perlu diisi untuk pembayaran. Kedua, bayar melalui online banking. Cth: maybank2u, cimb click dan sebagainya.

Mudah saja, sebagai contoh maybank2u, pilih direct payment, pilih maybank2u, tekan proseed @ teruskan, akan keluar satu tetingkap untuk login maybank2u, akan keluar detail bayaran yang akan dibayar, dan terus dengan pembayaran. Selesai saja pembayaran, akan keluarlah konformasi tiket yang kita beli. Selesai. Itu saja.

Untuk mudah, ada cetak laman airasia tersebut yang mempunyai no. booking, tarikh penerbangan dan yang penting no flight. Cth: AK 4658

Untuk naik kapal terbang, hanya datang ke airport sejam setengah sebelum masa berlepas, budget masa, tengok board kat airport, tengok no flight kita tempah..

Contoh: ( AK 3456 masa: 1200 no kauter: R45 kaunter:open ), bila dah open, kita pergi ke kaunter yang dia tunjuk, bagi Kad pengenalan, dia akan proses. Dia akan tanya jika kita ada barang untuk bagasi. Kalau setakat beg galas dan beg balik kampong yang kecik biasa tu, tak payah masuk bagasi tu, bawak naik kapal je. Kalau tak de, kata tak de.

Pastu, dia bagi boarding pass (pas berlepas), dapat pass tu, kita kena masuk balai berlepas selewat-lewatnya 30 minit sebelum masa berlepas. Cari lah mana balai berlepas. Masuk dalam tu, bawak sekali barang2 kita. Kita akan lalu kat pemeriksaan polis, nak lalu tu, barang masukkn dalam tempat x-ray dia tu. Tanya pak cik polis jika tak tahu.

Lepas tu, masuk lah dalam balai berlepas. Tunggu dekat pintu kita yang dia bagi. Kalau mcm kota bharu, ada satu pintu je. Tunggu dia buat pengumuman. Kalau orang beratur kat pintu tu, pergi la beratur, jika dia dah panggil. Kalau konfius, tanya sape2.

Dia akan mintak boarding pass tadi dengan KP. Tunjuk kat dia. Pas tu, jalan lah ke kapal terbang, tak tahu, ikut orang lain.

Ada yang bertanya, kapal terbang airasia ni turun kat KLIA ke ? Untuk menjimatkan kos, airasia akan mendarat di Kuala Lumpur LCC-T (low cost carrier – terminal, kalau tak silap), iaitu airport atau lapangan terbang untuk kapal terbang airasia sahaja tapi berkongsi landasan yang sama dengan KLIA. Berada bersebelahan KLIA, dan airport tersebut tidaklah secanggih KLIA, sebab tu murah.

Kalau nak ke pusat bandar Kuala lumpur, boleh naik Skybus atau lain2 bus ke KL Sentral.

Itu saja yang sempat tulis, kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi airasia sendiri atau mana2 yang patut…. Nak Tanya saya pon boleh kalau ada masa.

Selamat terbang……………..

Button link untuk mak cik2

4th
Oct

Ini ada special button untuk link ke blog mak cik da, mak cik jah  dan satu untuk pak cik amin.

Untuk mak cik da…

Untuk mak cik jah….

Untuk pak cik amin ada dua….

Harap suka….